Akaun pmiupm.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
SUMBANGAN AKTIVITI PERSATUAN MAHASISWA ISLAM UPM (PMIUPM)
"Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya."
(Surah Ali ‘Imran, ayat 92)

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Mari Bersama Kami Menjayakan Aktiviti-Aktiviti Dakwah dan Kemasyarakatan Berunsurkan Islam untuk Kebaikan Seluruh Warga Universiti Putra Malaysia.

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) adalah sebuah persatuan pelajar kluster kerohanian yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Putra Malaysia. PMIUPM telah ditubuhkan semenjak tahun 1975 yang menjadikan persatuan ini sebagai salah satu persatuan yang terbesar dan tertua di UPM di samping telah memberikan manfaat kepada ramai mahasiswa sejak penubuhannya melalui aktiviti-aktiviti berteraskan Islam yang dibekalkan kepada para mahasiswa untuk pembangunan diri mereka berlandaskan syariat.

Video 1: Pengenalan PMIUPM

Aktiviti Aktiviti PMIUPM
PMIUPM aktif dengan pelbagai program berbentuk kerohanian dan kemasyarakatan untuk seluruh mahasiswa UPM baik yang beragama Islam mahupun yang bukan beragama Islam. Antara program yang dijalankan termasuklah:
✅ Inspire Rabbani (Usrah Mingguan)
✅ Kempen Protect Your Akidah
✅ Kursus Kepimpinan Muda
✅ Kelas Tajwid
✅ Daurah Kitab
✅ Bengkel Asas Photoshop
✅ Siaran Langsung Berkala bersama Penceramah Ternama
dan banyak lagi!

 AKAN DATANG!
KAMI AKAN MENJAYAKAN PROGRAM PUTRA INSPIRING YOUTH CARNIVAL (PIY-C) PADA HUJUNG BULAN INI!
Program yang berbentuk karnival ini akan membawakan beberapa slot yang MENARIK dan BERMANFAAT untuk mahasiswa, seperti;

✅ Kolokium Anak Muda
✅ Halaqah Siswi Mega
✅ Bicara Eksklusif
✅ Sharing With Hero

Bersama JEMPUTAN TERNAMA termasuklah;

✅ YB Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary
✅ Dr. Hjh. Halimah Ali
✅ Atlet-atlet Malaysia
DAN RAMAI LAGI!

Untuk ini, bekalan kewangan yang besar amatlah diperlukan untuk membiayai teknikal, bayaran pengisi dan tujuan-tujuan lain.

Video 2: Promo PMIUPM 2020 sempena Putra Souq


Bantu Kami untuk Bantu Mahasiswa UPM ...

Salurkan sumbangan anda untuk kami melaksanakan program-program kerohanian dan kemasyarakatan dengan jayanya untuk kebaikan bersama. Sumbangan anda akan digunakan untuk:

✅ Pembiayaan penceramah
✅ Kos teknikal
✅ Cenderahati peserta
✅ Kos publisiti

serta pembiayaan-pembiayaan lain yang dirasakan sesuai.


Bagaimana Hendak Menyumbang?

Untuk sumbangan secara terus, boleh menggunakan kaedah Bank Transfer / Online Transfer / CDM melalui akaun di bawah:

BANK: CIMB BANK

NAMA: NURUL FARHANA BINTI HASHIM
(BENDAHARI PMIUPM)

NO AKAUN: 7622518753

Letakkan Reference/Remark: "SUMBANGAN PMIUPM" untuk memudahkan rekod transaksi sumbangan.


Pemberian yang anda bakal hulurkan sebentar lagi bakal menjadi saham di akhirat sana in shaa Allah. 

Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan diredhai oleh Allah SWT dan juga sumbangan kita menjadi asbab lahirnya  generasi yang mengamalkan dan menyebarkan Islam di masa akan datang, AMIN


Untuk maklumat lanjut berkaitan SUMBANGAN AKTIVITI PMIUPM, boleh hubungi:

MUHAMMAD FAKHRU RAZI BIN ISMAIL (EXCO EKONOMI DAN PEMASARAN) :
+6019-8062176

UMI ZUBAIRAH BINTI MOHD NASSRULLAH (EXCO EKONOMI DAN PEMASARAN) :
+6013-9348696

LIKE | FOLLOW | SHARE




Whatsapp Kami!